Saturday, March 7, 2009

UMNO BUKA SATU DEMI SATU DAN BERMUSUH DENGAN PAKSINYA

UMNO BUKA SATU DEMI SATU DAN BERMUSUH DENGAN PAKSINYA.
UMNO DIPERKASAKAN OLEH : PDRM, SPRM, SPR , RTM & TV3 & CO.


Hari ini, Sabtu 10 Rabiulawal 1430 bersamaan 7 Mac 2009, rakyat kembali mengusung ‘Keranda 152’ yang telah diusung oleh Wira Bahasa, Wira Bangsa genap 42 tahun 4 hari yang dilakarkan ketika dulu diantaranya oleh Almarhom Tun Syeg Nasir Ismail, Tongkat Waran, A Samad Said dan ramai lagi maaf tak mampu membariskan disini.

Pra perhimpunan dan amanat yang dicanai dan disepuh diawal malam di Dewan Dato’ Fadzil di Taman Melewar oleh pimpinan panglima Bahasa dan Budayan serta Pimpinan Tegar Pas dalam ikrar janji, ikrar perjuangan dalam mempertahankan pemimpin untuk besok di hadapan Istana Negara, hari ininya berbaloi.

Saya ingin mendengar tinta suara hatinurani yang keramat dan berkat dari Datuk Dr Hassan Ahmad, Bapak A Samad Said, Profesor Ameritus Dato’ Dr Nik Safiah, Profesor cendiakawan ilmuan yang lain khusus Cikgu Kain Pelikat amat ku hurmati. Apakah rakyat membiarkan datuk dan nenek mereka sejak jam 1.00 th terkial-kial kesaorang menghadapi serangan wakil upahan Umno mengganas dan provokasi ketenangan rakyat nak ke Istana Negara?

Tidak yakin dan tidak percayakah datuk dan nenek serta budayawan ilmuan kepada pimpinan dan kesungguhan dan istiqamah kepada TG DS Hadi Awang, Mat Sabu dan lain-lain, semuanya menerima resiko seksa dari penjawat awan negara yang mewakili pehak Umno memusuhi rakyat yang berbeda pandangan dan pendapat dengan Umno, semuanya adalah penderhaka.

Maka itu semua rakyat ini wajib diseksa dengan bom asap dan ayer beracun yang mereka warisi dari Zionis Yahudi disudut cara-cara menyeksa dikalangan kita. Mereka (Umno) lupa yang mengetuai perarakan 150,000 hari ini adalah dulunya adalah diantara paksi-paksi yang mengukuhkan Umno dan kini bila mereka yang alim dan laduni dalam racun semilu di PPSMI ini merayu kembali menobatkan BM dalam pembelajaran S n M, mereka tidak rela ditandu cucuk hidung. Sisa denyut Umno kini adalah PDRM, SPRM, SPR , RTM & TV3 & CO.

Hari ini rakyat bersama mereka dan keringat yang digembeling kira-kira 50 hari berjaya mendapat kejutan dan respon pantas dari Pak Lah. Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berharap agar keputusan berhubung isu Pengajaran dan Pembelajaran Sain dan Metematik Dalam bahasa Inggeris (PPSMI) dibuat segera bagi mengelakkan isu yang lebih besar tercetus.

Kita ulangkan dalam masa terdekat, sekiranya Umno masih keras pedal dan pekak badak menganjurkan bantahan dengan menganjurkan Perarakan Perdana PPSMI2, Inshaallah. Pandangan pribadai saya, wajarlah semua kita terus padukan kesatuan dan sokongan dengan dalam PRU13 ini dengan kita memangkah undi kita kepada PR samada PAS, DAP atau PKR mengikut kesesuai calun yang ditentukan.