Friday, March 27, 2009

MIMBAR MASJID MELAYU LEBUH ACHEH, 10200 PULAU PINANG

KHUTBAH DARI MIMBAR : MASJID MELAYU LEBUH ACHEH, 10200 PULAU PINANG.
Jumaat - 30 Rabuilawal1430 (Masuk waktu Jumaat 1.26th) – 27 Mac 2009

الحَمْدُ للهِ الَّذِي أَرْسَلَ رَسُولَهُ بِالْهُدَى وَدِينِ الْحَقِّ، لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّينِ كُلِّهِ وَلَو كَرِ
أَشْهَدُ أَنْ لآ إِلَهَ إلا اللهُ وَحْدَهُ لا شَـرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَئٍ قَدِيرٌ. وَأَشْهَـدُ أَنَّ مُـحَمَّدًا عَـبْدُهُ وَرَسُولُـهُ، وَصَفِيُّهُ مِنْ خَلْقِهِ وَخَلِيلُهُ. بَلَّغَ الرِّسَالَةَ، وَأَدَّى الأَمَانَةَ، وَنَصَحَ الأُمَّةَ، وَجَاهَدَ فِي اللهِ حَقَّ جِهَادِهِ حَتَّى أَتَاهُ الْيَقِينُ
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلـِّمْ وَبَارِكْ عَلَى حَـبِيـبِنَا وَشَفِيـعِنَا وَقُدْوَتِنَا وَأُسْوَتِنَا مُحَمَّدٍ، أَشْرَفِ الْأَنْبِـيآءِ وَالْمُرْسَلِينَ، وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِينَ، وَالتَّابِـعِينَ لَهُمْ بِـإِحْسَانٍ إِلَى يَومِ الدِّينِ
أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اِتَّقُوا اللهَ، وَتَزَوَّدُوا فَإِنَّ خَيرَ الزَّادِ التَّقْوَى , فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُونَ
Sebaik membaca ayat Al Quraan dari Surah Al Imaran : 3 : Ayat 104 –MS 63 yang bermaksud,
“Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepada kamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu kerana nikmat Allah orang-orang yang bersaudara dan kamu telah berada ditepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu daripadanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayatNya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk”.
Wahai hamba-hamba Allah, sidang Jumaat yang dirahmati Allah, saya berpesan kepada diri saya dan diri ahli jemaah sekelian bertaqwalah kita dengan sebenar-benar taqwa kepada Allah dengan meninggalkan semua larangan Allah dan menunaikan semua suruhanNya.
Bercakap mengenai menjana @ membentuk sebaik-baik umat – bukanlah perkara yang mudah semudah percakapan. Ianya satu slogan besar yang memerlukan masa, mengembeling tenaga, mempergiatkan usaha dengan gigih. Dan pengisian-pengisian yang bersih. Jujur dengan diiringi beberapa aspek yang begitu penting lagi indah. Ingatlah kita terbentuk melalui acuannya. Bagaimana untuk membentuk kuih Khairil Ummah sedangkan acuannya bukan Khairil Ummah.



(Khatib mengariskan 3 tajuk sebagai isi bahan khutbahnya (1) Dengan Iman dan Taqwa (2) Diiringi dengan Amal Soleh (3) Digauli dengan Akhlak yang mulia, berbudi pekerti luhur)

(1) – Dengan Iman dan Taqwa
Sidang jemaah yang dihurmati Allah.
Apakah anak-anak kita telah ditanam dengan iman dan taqwa yang kukuh? Kental dan menebal? (Khatib terus membaca potongan ayat suci Al Quraan dari Surah Al-Hadid : 57: Ayat 28 (27) MS. 541, yang bermaksud): “Hai orang-orang yang beriman (kepada para Rasul), bertaqwalah kepada Allah dan berimanlah kepada RasulNya, nescaya Allah memberikan rahmatnya kepada mu dua bagian, dan menjadikan untuk mu cahaya yang dengan cahaya itu kamu dapat berjalan dan Dia mengampuni kamu. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”.
“Kemudian kami iringkan di belakang mereka Rasul-rasul Kami dan Kami irugkan pula Isa putra Maryam, dan Kami berikan kepadanya Injil dan Kami jadikan dalam hati orang-orang yang mengikutinya rasa santun dan kasih sayang. Dan mereka mengada-adakan rahbanyyah pada hal Kami tidak mewajibkannya kepada mereka tetapi (mereka senirilah yang mengada-adakannya) untuk mencari keredzaan Allah, lalu mereka tidak memeliharanya dengan pemeliharaan yang semestinya. Maka Kami berikan kepada orang-orang yang beriman diantara mereka pahalanya dan banyak diantara mereka orang-orang fasik”.
Seterusnya khatib menyambung: Hidup tanpa iman dan taqwa, ianya kosong dan hampa, tidak bererti bermaksud – jalan dan taqwa adalah tapak asas perhiasan kehidupan insan yang luhur. Dan insan itu mestilah berpendidikan dengan Al Quraan dan Al Hadis – barulah ianya tidak sesat. Doa semua orang tahu tentang ini.

(2) – Diiringi dengan amal soleh.
Sidang jemaah yang dihurmati Allah.
(Serta khatib terus membaca Ayat Alquraan dari Surah : Muhammad: 47 Ayat 2 (26) yang bermaksud, “Dan orang-orang yang beriman (kepada Allah) dan mengerjakan amal-amal yang soleh serta beriman kepada apa yang diturunkan kepada Muhammad dan itulah yang hak dari Tuhan mereka, Allah menghapuskan kesalahan-kesalahan mereka dan memperbaiki keadaan mereka”.


“Yang demikian itu kerana sesungguhnya mereka (orang-orang munafiq) itu berkata kepada orang-orang yang benci kepada apa yang diturunkan Allah (orang-orang Yahudi). Kami akan mematuhi kamu dalam beberapa urusan, sedang Allah mengetahui rahsia mereka”.
Apakah kita dan anak-anak kita hari ini giat, @ tekun dalam melakukan amal ibadah yang diperentahkan? Kenapa semakin ramai yang mudah ungkai Allah dan Rasullah? Kenapa semakin ramai yang sudah tiak beribadah? Kenapa semakin ramai yang menolek ajaran yang berupa suruhan dan larangan secara berani dan terang-terangan? Inikah yang dinamakan umah gemilang? Atau menjana Khairul Ummah? – Khairul Ummah atau ummatul fasad? Fikir-fikirkanlah..................

(3) Digauli dengan akhlak yang mulia, berbudi pekerti luhur.
Sidang Jumaat yang di Rahmati Allah sekelian.
Cuba anda tanya pada diri anda – apakah saya telah mendidik jenerasi saya dengan adab, sopan, berbudi pekerti yang mulia – dan apakah saya juga berbudi pekerti luhur? Paling mehurmati, paling bantu membantu? Gerangan apakah yang menerjah musoh dalam hati saya, sehingga saya dipenuhi sifat mazmumah?..........................???????
Tidakkah kita ingat ayat..... (lantas khatib membaca Surah a-Maidah: Ayat 2 yang bermaksud: “Dan tolong menolonglah kamu dalam mengerjakan kebajikan dan taqwa, dan jangan tolong menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertaqwalah kau kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat seksanya”
Mengapakah kita timbul permusuhan sesama kita? Sedangkan Islam melalui alquraan mengajar: (Serta khatib membaca Surah Al-Hujurat 49: 10 yang bermaksud:-
“Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat”.
Diantara saripati baik-baik khutbah dari khatib yang sempat saya membuat cacatan kata rengkas yang dipelajari 45 tahun dulu diantaranya adalah:
Bagaimana nak menjana Khairul Ummah. Sedangkan ada diantara kita yang menjadi pelopor dalam pesta-pesta yang berunsur maksiat, filem-filem dan drama-drama yang penuh keganasan. Serta pergaulan bebas dan lain-lain menjadi turutan dan idola generasi anak-anak muda – rambut warna warni, dedah aurat, kegilaan fesyen, fiesta-fiesta yang melalaikan, hiburan-hiburan yang melampau ilmu-ilmu agama yang disampingkan amal ibadah yang tidak diendahkan. Serta mengamalkan politik yang penuh kecelaruan dan lain-lain.
Gejala yang menengelamkan iman/taqwa, hanyut dalam arus kemodenan dan budaya-budaya yang tidak berasaskan keislaman, melanda bak sunami menghancurkan identiti bangsa Melayu Islam yang suatu masa dahulu, di hurmati dan di segani – Tugas siapakah untuk mengembalikan kegemilangan ini? Sama-sama kita fikirkan dan merenunginya.

(Nota: Khatib dan Imam jemputan yang bertugas adalah Al Fadzil Ustaz Ismail Din Al Hafiz)