Monday, March 16, 2009

penyamun menasehati kawaq dan pencuri

PENYAMUN MENASEHATI KAWAQ DAN PENCURI


Dipetik semula untuk ulasan:-

Isnin Mac 16, 2009

Kembalikan keyakinan umum terhadap badan kehakiman - Zaki
LANGKAWI: Ketua Hakim Negara, Tan Sri Zaki Tun Azmi hari ini menggesa para hakim agar berusaha mengembalikan keyakinan umum terutamanya pelabur asing terhadap Badan Kehakiman negara.
Zaki berkata, antara usaha itu ialah hakim-hakim perlu menerbitkan alasan penghakiman dalam laman web kehakiman agar ia boleh dibaca semua pihak.
"Alasan penghakiman hendaklah ditulis dengan pantas, adil dan saksama dan penghakiman-penghakiman seharusnya diterbitkan dalam laman web kehakimanan untuk dibaca oleh semua pihak," kata beliau ketika merasmikan Persidangan Hakim-hakim Malaysia 2009 di sini.
Katanya, selain itu, para hakim hendaklah memilih kes-kes yang dirasakan wajar untuk diterbitkan dalam jurnal undang-undang.
Beliau berkata, kes-kes jenayah juga haruslah diselesaikan segera bagi mengelak orang tertuduh merengkok dalam tahanan untuk tempoh yang lama.

Umpama setempurung jantan air kencing babi untuk basuh pungkor.
Mengarah dan mengesa semua hakim-hakim menjadi baik, beretika dan apa sahaja saranan yang muluk-muluk yang kulup oleh Ketua Hakim Negara Tan Sri Zaki Tun Azmi, Alhamdulillah, diatas nasehat keramat dari KHN tersebut, mudahan-mudahan bukan sekadar mengembalikan keyakinan pelabur asing terhadap BKN tetapi lebih penting diiktiraf rakyat bukan di iktiraf oleh segelintir dikalangan Umno sebagai titi talian hayatnya.
Pesanan arahan KHN YAA TS ZATA tersebut terlalu kudud, halus dari hati nurani, namun hakikat dan realitinya samalah seperti arahan, nasehat sorang kawaq, pencuri yang sedang lepas mencuri seekor babi; memajukan nasehat pula kepada kawaq serta pencuri yang lain kesempatan terserempak, dengan penuh keinsafan serta memberi nasehat sedangkan babi balar jantan curi tersebut sedang didukungnya tatkala membuat nasehat.
“Aku nak nasehat dekat hang kawaq ooi, anta jangan mencuri lembu tu, tak baik an dosa, ingatlah dosa dan pahala hasil mencuri lembu itu, dijual dapat hasil duit dan dibelanjakan untuk anak pinak. Silap-silap hang bagi dekat mak hang atau pak hang akan duit haram hasil mencuri itu, berhentilah mencuri lembu tu, Ingatlah pada dosa, aku kesian dekat hang sebab tu aku terpaksa menasehatkan hang dengan iklas-iklasnya”
Sebaik mendengar nasehat tadi kawaq dan pencuri lembu tadi pengsen, kerana insaf bab mencuri lembu. Sebaik pengsen itu, dengan penuh ehsan dan kasih sayang kawaq dan pencuri babi jantan itu terus bertindak menjadi dukun merawat kawaq dan pencuri lembu itu. Kawaq dan pencuri lembu akhirnya sedar dan beliau melihat kawaq dan pencuri babi jantan dihadapannya masih menunggunya.

Lantas beliau mengucapkan bilion thank you kepada kawannya tadi kawaq dan pencuri babi balar jantan itu. Sebaik aku menengar nasehat hang tadi aku insaf trilion peratus dan aku pengsen. Ketika aku pengsen itu, aku mendengar satu suara jauh-jaun tetapi aku jelas mendengarnya, iaitu kata suara alam mimpi itu, “Hang jangan lagi menikah dibawah pokok atau dibawah dangau dengan anak dara muda, bila takut dekat bini tua dan anak-anak, jangan hang koyak semua surat-surat menikah kerana kita adalah peguam terkenal dan bakai jadi hakim”.
Aku kata aku tak buat semua itu, kerja aku adalah pencuri lembu. Hang sampaikan berita ini dekat kawan hang, sapa?
“Dan satu lagi hang telah bagi rasuah dan hang telah mengaku memberi rasuah, macamana hang nak jai hakim” Aku menjawab aku Cuma kawaq an pencuri lembu, pasai rasuah aku tak tak, sumpah haram panah lintaq!!!!.
Tiba-tiba kawaq dan pencuri babi balaq yang menukung babi tersebut menghala kembali kepada kawaq dan pencuri lembu tadi, katanya “Ooi hang tuuh dan kata dekat aku ka?