Wednesday, December 24, 2008

KERAS BIAR BERTEMPAT; DEGIL ALAS BERADAB

Membadai Arus, Melintang Simpang.

Berlalunya PRU12 pada 8 Mac 2008 yang lalu, tsunami politik negara telah berlaku dan beberapa negeri telah berlaku bertukarnya kerajaan-kerajaan negeri dari BN/UMNO, BN/Gerakan kepada kerajaan PR/PAS, PR/DAP dan PR/PKR masing-masin mengetuai eksekutif kerajaan negeri. Berlakunya tsunami politik itu dengan keyakinan dan kepastian samada dipehak UMNO/BN maupun dipehak PR/PAS, DAP dan PKR, itu cerita dan permasalahan yang lain.
Sehingga sekarang ianya telah berlalu selama lebih 9 bulan dikalangan BN/Umno khususnya, masih tidak dapat menerima kenyataan kekalahan mereka di kelima-lima negeri dari PR. Pemimpin-pemimpin UMNO diperengkat negeri dan kawasan hatta sampai pemimpin cawangan dan JKKK pun tidak dapat menerima serta mengiktiraf dengan memperakui dengan dada lapang akan perubahan kerajaan. BN/UMNO tidak lagi ada kerajaan di Kelantan, Kedah, Pu;au Pinang, Perak dan Selangor. BN/UMNO masih tidak mengiktiraf kerajaan yang ditubuh dan ditadbirurus memerentah Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor oleh PR.
Kerasnya pedai, keras hati dan hati keras disifu terus oleh BN yang menubuh kerajaan pusat diluar 2/3 majoriti penguasaan. Kerajaan pusat jua terus tidak mengiktiraf akan kewujudan kerajaan-kerajaan negeri di kelma-kelima negeri dalam ertikata yang sebenar berlandaskan demokerasi berparlimen didalam bayak perkara. Kerajaan pusat (BN) sanggup melendat dan melanda perlembagaan negara dan undang-undang yang digubal semata-mata keras keng dan ego, demi survaival pengikut mereka diperengkat bawahan, yakni akar serabut mereka.
Tumpang Sedacing.
Kedegilan dan angkuh ini ianya membiak cambah sampailah kepada Agensi Perbadanan Pusat seperti RISDA, FELCRA, MADA, beberapa CLC seperti TNB/TMNet, JPN, KDN/Balai Polis termasuklah Bank-bank dan beberapa pehak yang lain. Sikap angkuh dan megah ini jelas dapat disaksikan, ianya amat menyakitkan hati. Saya biarkan teman-teman dan sahabat saya menyentuh secara detail bersabit dan berkaitan keangkuhan kerajaan Pusat keatas kerajaan-kerajaan Negeri Perentahan PR dipaparkan untuk makluman berterusan oleh rakyat jelata.
Kita melihat gejala ini kecil, tetapi kesan keatas politik dan realiti kepada rakyat dan pengundi adalah berkala besar. Ya! Berkala besar dan menjadi rungutan ramai kenapa ini berlaku dinegara kita. Iaitu gambar resmi YAB Menteri Besar Kelantan, Kedah, Perak, Selangor dan gambar resmi YAB Ketua Menteri Pulau Pinang dilarang dan dihalang secara resmi dan tidak resmi oleh Kerajaan Pusat/BN digantung bersama-sama dengan gambar resmi Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong/Gambar Permaisuri Agong, gambar resmi Duli Yang Maha Mulia Sultan dan Raja/Permaisuri, TYT Gavenor Pulau Pinang dan gambar resmi YAB Perdana Menteri.
Tidak digantungnya oleh pehak-pehak berkenaan gambar resmi YAB Menteri-menteri Besar dan YAB Ketua Menteri dipremis mereka disebabkan Ketua Pejabat/Institusi berkenan diatas inisiatif sendiri? Atau larangan dan tegahan gantung gambar-gambar resmi tersebut adalah larangan resmi bertulis dan larangan halangan resmi lisan? Saya dan rakyat dikelima-lima negeri yang diperentah oleh kerajaan PR ini ingin mendapat jawapan resmi dari pejabat Perdana Menteri bahagian Protokol dalam hal ini.
Banyak jabatan dan premis-premis terlibat seperti semua sekolah SRK, SRJK, SMK, SMJK, Universiti/Kolej Universiti dan Institut Perguruan, Pusat Kesihatan dan Hospital, Bank-bank, TNB dan Telekom. Ingatlah rakyat dinegeri-negeri tersebut berurusan langsung dengan pehak-pehak berkenana, menjana pembiayaan yang besar disudut sumbangan dana, cukai, perkhidmatan tenaga kerja dan sebagainya.
Janganlah ego UMNO/Bn menjalar sampai seperti jalanan ular tedung diatas lebuhraya Kerajaan Pusat menangani kerajaan negeri pakatan rakyat yang berbelit-belit berjalan.
12.55 th