Saturday, December 27, 2008

SANGGAH DAN BANTAH: Apakata Amrozi


Melabuh Tirai.

"Maka apakah kamu mengira, bahawa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main (saja), dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami? Maka Maha Tinggi 'Allah, Raja Yang Sebenarnya; tidak ada Tuhan (yang berhak di sembah) selain Dia, Tuhan (yang mempunyai) 'Arsy yang mulia. Dan barangsiapa menyembah tuhan yang kain di samping 'allah, pada hal tidak ada suatu dalilipun baginya tentang itu, maka sesungguhnya perhitungan di sisi Tuhannya. Sesungguhnya orang-orang kafir iu tidak beruntung. Dan katakanlah: "Ya Tuhanku berilah ampun dan berilah rahmat, dan Engkau adalah Pemberi rahmat Yang PAling baik". -
(Al Mu'minun : 115 - 118)


Topik Yang Realiti.

Baru-baru ini atau tarikh tepatnya adalah pada 14 Zulhijjah 1429 bersamaan 13 Disember 2008 Sabtu, saya berkeluarga dari Sungai Karangan untuk ke Bukit Mertajam. Sengaja dengan tujuan dan matlamat untuk mengemukakan satu soalan, sebagai menguji minda dan pengamatan anak-anak. Dan kemungkinan pengamatan dari orang ramai yang lain ada yang kontra dan yang pro dengan soalan dibangkitkan. Sudah lama saya bercadang menggunakan laluan melalui Pekan Padang Serai, menempuh lalu stesyen bas, market Padang Serai, estet perumahan baru Taman Mahsuri, dan seterusnya menemui papan tanda dengan nama Kampong Tok Dik disebelah kiri bahu jalan.


Selepas daripada papan nama Tok Dik tersebut, saya memaklumkan kepada anak-anak saya yang berumur 14, 12, dan11 tahun dengan satu soalan ujiminda yang serius, yang releven dengan keadaan dan suasana premis kediaman yang dijadikan soalan ujiminda kepada anak-anak itu. Iaitu, sat lagi apabila kita sampai dihadapan kira-kira kurang dari 1 km jauhnya, abah akan tunjukan kamu dan fokaskan dengan perbandingan 3 buah rumah dibahagian sebelah kiri jalan. Sebaik kita melepasi rumah-rumah yang abah maksudkan tiba perjalanan kita dihadapan mesjid hijau Kariah Permatang Tok Dik. Abah akan mengemukakan soalan cepumas, iaitu diantara ketiga-tiga rumah yang abah tunjukan tadi yang mana satu rumah Wakil Rakyat Adun N.33 - Merbau Pulas iaitu Ustazah Hajjah Siti Ashah binti Haji Ghazali? Kampong yang kita lalu dan rentas ini adalah Kampong Permatang Durian.

Sebagaimana dinyatakan tadi, sebaik lepas bengkel membaiki kereta saya tunjuk, anak-anak semua tengok betul-betul rumah itu (rumah 1) yang abah tunjuk, kira-kira 200 m kedepan tengok betul-betul rumah tu (rumah 2) yang abah tunjuk, kira-kira antara 150 - 200 m kehadapan, tengok betul-betul rumah yang berpagar itu (rumah 3) yang abah tunjuk. Jarak diantara rumah yang saya tunjukan diantara rumah 1 dengan rumah ke 3 kira-kira 400 m sahaja. Anak-anak dapat bayang dan ingatkan keadaan pandangan, rupa bentuk ke tiga-tiga rumah tadi? "Ya! Kami dapat mengingat dan bayangkan keadaan rumah-rumah tersebut abah!". Anak-anak menjawab serentak senada persoalan dimajukan.


Sebaik di hadapan Mesjid Kariah Kampong Tok Dik dan SRK Permatang Tok Dek, saya bertanya kepada anak-anak saya. Diantara 3 rumah tersebut yang mana satu rumah Wakil Rakyat kita? (merujuk wakil rakyat N. 33 - Merbau Pulas yang Sungai Karangan adalah didalam DUN Merbau Pulas. Yang mana saya dan ummi kepada anak-anak ini adalah pengundi di DUN Merbau Pulas dengan pusat mengundi di SMK Sungai Karangan di Saloran 1). Semua anak-anak saya memberi satu jawapan yang sama, iaitu rumah ke 3 tadi adalah rumah Wakil Rakyat Merbau Pulas Ustazah Aishah. Apakah rumah tersebut yang dipersetujui oleh anak-anak saya sabenarnya rumah YB Adun Merbau Pulas/Exco KNK Ustazah Hajjah Siti Ashah binti Haji Ghazali?

Saya tidak menjawab kepada jawapan anak-anak saya tersebut, tetapi ianya dijawab oleh Ummi mereka yang bertugas sebagai saorang pendidik selama 23 tahun, kini bertugas disalah sebuah sekolah SMK di Sungai Petani. Ummi mereka menjawab dengan memberi info dan maklumat yang tepat. "Pengamatan dan imabauan kamu semua dengan memutuskan sebulat suara rumah yang cantek, besar tersergam indah dan berpagar dengan cantek itu iaitu rumah ketiga itu bukanlah rumah Ustazah Aishah wakil rakyat atau ADUN Merbau Pulas, bukan samasekali rumahnya.

Rumah agam ke 3 itu yang tersergam besar dan indah itu Ummi tidak tahu siapa sabenarnya akan pemiliknya. Rumah lama yang hampir usang yang sederhana saiznya, semak samun dan pagar kawasan rumah tidak terurus yang sedang direpair, ditambah sedikit ruang hadapannya. Iaitu rumah no 1 tadi adalah rumah wakil Rakyat kita ADUN Merbau Pulas Ustazah Aishah juga merangkap Exco atau Ahli Majlis Mesyurat Kerajaan - Kedah. Kalau di Sarawak dan Sabah dipanggil Menteri diposisi jawatan itu". Nyatalah anak-anak saya tidak berupaya secara pemikiran yang kreatif dalam menentukan rumah wakil rakyatnya.


Semua anak-anak mengeluh dengan berkata, "Tak kan rumah wakil rakyat buruk macam tu, tentulah kakak agakkan tadi dengan yakin pastilah rumah no 3 tu, cantek dan dibinabuat mengikut plan, rekabentuk baru mestilah rumah Ustazah wakil rakyat". "Macam tu Ummi, kalau ada peluang kakak bercadang untuk menemui Ustazah". Untuk kakak buat apa nak menemui YB Ustazah? Saya bertanya kepada kakak (Nur Zafirah 14 tahun).

"Kakak nak bertemu dengan Ustazah YB untuk membuat wawancara dan mengambil gambarnya dan gambar-gambar lain untuk dimuatkan kedalam majallah tahunan sekolah kakak". Kalaulah itu tujuan kakak akan abah pinta sahabat baik abah Ustaz Hassan Razak YDP PAS Kulim Bandar Bharu, merangkap Timbalan PSJ PAS Kedah juga diantara pegawai kanan dibawah Pejabat MB khususnya sebagai Pegawai Khas kepada YAB MB, dalam masa yang hampir (sampai sekarang belum tertunai janji dengan anak ini - maafkan abah kakak).

Sebelum dari itu minggu ke 2 bulan April 2008 yang lepas adik saya (dari Taman Sri Sekudai, Sekudai Johor, mengajar di UTM) bermalam dirumah saya yang distinasinya adalah untuk ke USM melihat anak ke3nya yang sedang belajar tahun 2 di USM Pulau Pinang. Oleh kerana ia ingin terlebih dahulu berhajat untuk menziarahi pelajarnya yang kemalangan dan menerima rawatan dirumah di kampong Naga Lilit hampir 3 bulan yang lepas. Kami dalam perjalanan distinasi ke USM dari Sungai Karangan tidak menggunakan lebuhraya Butterworth Baling tetapi sudah pasti saya mesti menggunakan laluan jalan yang sama sebagaimana bersama-sama dengan perjalanan dengan anak-anak diawal cerita.

Pandangan dan Comment Dari Hatinurani Saorang Pendidik.


Maksudnya pandangan dari isteri saya: "Ummi tahu suaminya Cikgu Ramli sakit syaraai kita menziarahinya di Hospital Daerah Kulim dulu, sehari sebelum YAB DS MB melawat dan menziarahinya. Sepatutnya rumah tersebut sewajarnya dilakukan repair, ubahsesuai, tambahkan dibahagian depan menjadi tempat atau bilik menemui rakyat dan pengundi datang mengadu. Siapkan dengan tempat kereta resmi Exco, kawasan rumah hendaklah dipagar dengan sempurna demi keselamatan sebagai saorang EXCO Kerajaan Negeri Kedah, bukan diatas sifat takbur, menunjuk-nunjuk.

Tetapi ianya adalah menjadi keperluan dan tuntutan kepada YB Ustazah. Keseluruhan rumah itu dielokkan dengan disapukan dengan cat termasuklah pagar-pagar. Kalau tak ada duit tunai, mesti wakil-wakil rakyat dapat buat pinjaman khusus untuk tujuan Ummi katakan, bagaimana pandangan abah?".

Abah setuju dengan pandangan Ummi, kerana Ustazah dan Cikgu Ramli suaminya bukanlah jenis spesis manusia yang riak, takbur dan menunjuk-nunjuk. Abah sendiri tidak bersetuju dengan saorang Wakil Rakyat sekali gus saorang EXCO KNK yang humblenya kadang-kadang rakyat memandang rendah dan serong dengan berkedaan amat sederhana itu. Sekiranya Ustazah kita tengok dia dah mula teguran kita dengan menggunakan hati ini, dilunasi dilaksanakan merepair rumahnya. Ianya dialu-alukan dan tepat pada masanya. Tidak timbul riak dan sebagainya.


Berbalik kepada cerita saya bersama adik saya tadi, sebaik sahaja sampai dihadapan rumah Ustazah Hajjah Ashah, saya pinta adik saya berhenti sebentar betul-betul dihadapan rumahnya. Saya berkata kepada adik saya, "Adik percaya atau tidak sekiranya abang tunjukan rumah itu (sambil menunjukan kearah rumah YB Ustazah - ketika itu masih banyak poster, bena dan pelbagai macam rempah ratus pilihanraya) adalah rumah saorang wakil rakyat juga saorang anggota Exco Kerajaan Negeri Kedah dari PAS?".

Dah abang saya sendiri membenarkan rumah itu rumah Exco mestilah kena percaya sebab abang sendiri yang memberi info. Adik saya memberi komen, "Rumah tersebut agak buruk dan usang, semak dan tidak berpagar terbiar dan tidak terurus. Sepatutnya sebagai wakil rakyat mesti lakukan perubahan rumah dibesarkan sedikit untuk memudahkan rakyat datang berurusan; kalau Man bawa kamera pasti Man ambil gambar dan dapat ditunjukan di UTM dikalangan pensyarah akan rupa bentuk rumah saorang wakil rakyat/exco dari parti PAS".


Itu adalah pandangan saorang pendidik jenama pensyarah universiti UTM. Anak kampong yang menyiapkan sarjana di UK dan Kedoktorannya di USA - Ohaio. Kami meneruskan perjalanan sebaik sampai dihadapan rumah ke 3 sebagaimana soalan cepumas kepada anak-anak saya tadi, secara naluri dan spontan adik saya itu, menunjukkan rumah tersebut (rumah ke 3), "Rumah itulah lebih layak dimiliki dan didiami oleh saorang wakil rakyat". Sambil bertanya, "Rumah cantek dan besar itu rumah siapa? Abang tak tau rumah siapa, siapa pemiliknya orang PAS atau orang UMNO.

Anak-anak saya sememangnya mengerti soalan yang dikemukakan itu adalah serius dan relevan untuk mereka. Saya harapkan mereka dapat membuat karangan mengikut pandangan dan versi masing-masing sehubungan kualiti wakil rakyat kita.



Menyanggah dan Sanggah.

Melalui realiti langsung yang saya bersama isteri dan anak-anak berserta diwaktu yang lain dengan adik dan keluarganya. Di sini saya bertanggungjawab penuh menyanggah dan sanggah menafikan pandangan. Saya berdepan menghadapi pendapat yang negatif berbaur kearah fitnah dengan apa yang digambarkan oleh Saudara Amrozi yang dimuatkan di Laman Marhean 26 - 12 - 2008 dengan tajuk yang amat bagus lagi baik, iaitu: Kemenangan Juga Ujian Dari Tuhan.


Saya dan isteri menyanggah keras, terhadap isi kandungan yang saudara fokaskan. Pasti maksud anda adalah YB Ustazah Aishah Adun dan Exco (sekalipun anda tidak jelmakan) kerana ianya tidak selari bertepatan pada hakikat sebenar cerita-sangkaan serong saudara tersebut. Kemungkinan saudara mempunyai niat yang negatif serta anda mempunyai motif dan niat dan agenda tersembunyi sendiri. Atau setidaknya anda adalah domyah kepada lawan parti kepada YB Ustazah. Memburuk dan cuba untuk memberi ghaib kepada Ustazah.

Sekiranya anda dikalangan penulis jujur, saya persilakan sekarang jua anda pantas pergi mengambil gambar rumah Ustazah dibeberapa posisi penting. Dalam masa yang sama anda wajib ambil gambar dan posisi-posisi utama dikedua-dua buah rumah tersebut dan anda masukkan paparkan keblog anda secara jujur untuk ditatapi oleh rakyat yang diluar dari Tok Dik, Kampong Permatang Rambutan khususnya diseluroh kawasan DUN N.33 . Merbau Pulas.

Saya memikul tanggongjawab menjawab tohmohan anda disebabkan fitnah disalorkan oleh saudara tidak mendapat rspon dari teman-teman yang lain, walau ianya berlalu 5 hari. Dalam masa yang sama perasanka buruk anda yang akan ditujukan kepada saya keatas nota-tinta ini, saya menjawabnya diawal-awal lagi.

Saudara Amrozi terhormata; Saya dan famili, bukanlah barua suruhan atau terompah kepada YB Ustazah Ashah tersebut. Kami juga bukanlah pecacai dan pengemis dan pengampu. Kami tidak tukang kipas dan tukang kirap kepada YB Ustazah. Tetapi oleh kerana kebenaran dan keadilan wajib ditegakkan untuk melintang menyanggah maklumat anda yang berbaur fitnah, ada udang disebalik batu, maka wajiblah kami tampil untuk membersikan diri YB Ustazah dari fitnah. Kami pasti lagi yakin YB Ustazah dan familinya tidak akan menjawab kembali kenyataan buruk anda itu.

Sekiranya kebenaran yang anda lontarkan itu, maka saya lebih dari saudara akan membalun dan menghentam YB Ustazah dan pasti tidak dimulakan anda. Sayalah orang yang pertama membuat comment negatif tersebut kepada YB Ustazah. Saudara wajar menjana prasangka baik kepada YB Ustazah. Pendirian saya dan isteri sahingga saah ini, kami tidak menyesal dan keciwa hatta kami bersyukur kerana nilai undi-undi kami yang dijanakan ianya membawa kepada majoriti sokongan yang melimpah dicapai oleh YB Ustazah Hajjah Ashah Binti Haji Ghazali sebagai ADUN N.33 - Merbau Pulas mewakili PAS dan amat bangga dengan beliau bilau dilantik dan dimandatkan pula menjawat jawatan Exco. Pendirian kami adalah tutas berpaksi kepada realiti.

Saya dan isteri telah ranum atau lebih dari ranum berfikir dan berintraksi dengan komposisi kepelbagaian kaum, Cina, India hatta lagi Melayu dikalangan pelajar dan ibubapa serta waris mereka. Dikalangan mereka sendiri dan anak-anak mereka mempersoalkan benar atau fitnah apa yang anda kemukakan itu. Untuk menjawab tunai saya telah dengan 2 kereta bersama-sama teman India dan Cina dan saya tunjukkan rumah Ustazah tersebut. Sebaik mereka melihat, teman saya tadi dikalangan India dan Cina telah menyumpah dan seranah anda didalam bahasa mereka.

Selepas itu mereka membenarkan bahawa anda telah melakukan bentuk fitnah keatas wakil rakyat yang mereka pilih. Berhati-hatilah saudara dengan skrip yang anda buat itu.

Sekian, wasallam - http://tintaabdullahawab.blogspot
Ibn Abdullah Awab - 1 Muharram 1430 Jam 7.50 pagi