Saturday, December 20, 2008

KEMENANGAN PAS-PR KEDAH: Antara Kukuh Dan Rapuh

Renung Dan Tenung.

"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu meninggikan suaramu, lebih dari suara nabi, dan janganlah kamu berkata kepadanya dengan suara yang keras, sebagaimana kerasnya suara sebahagian kamu terhadap sebahagian yang lain, supaya tiada hapus pahala amalanmu, sedangkan kamu tidak menyedari". - (Al Hujurat : 2)

"Hai manusia, sesungguhnya kami menciptakan kamu, dari seorang laki-laki dan saorang perempuan, dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku, agar supaya kamu saling kenal-mengenali, sesungguhnya orang-orang yang paling mulia di antara kamu di sisi 'Allah, ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu". - (Al Hujurat : 13)

"Tidak patut bagi seorang Nabi mempunyai tawanan perang sebelum ia dapat melumpuhkan musuh-musuhnya dimuka bumi, kamu menghendaki harta benda duniawiyah, sedangkan 'Allah menghendaki pahala akhirat untukmu dan 'Allah Maha Perkasa lagi bijaksana". - (Al Anfaal : 67)

'Gunakanlah lima sebelum tibanya lima: gunakan mudamu sebelum tuamu, dan masa sihatmu sebelum sakitmu, dan masa kayamu sebelum miskinmu, dan masa lapangmu sebelum sibukmu dan hidupmu sebelum matimu' - (Riwayat : Al-Halim dan Al-Baihaqi),


Malang Mengundang

Keputusan resmi di tengah malam PRU12 pada 8 Mac 2008 - Sabtu dahulu, menjelang awal pagi 9 Mac berikutnya di peringkat negara dan beberapa negeri, ianya amat mengeri perit serta gundah gulana UMNO/BN menghadapi dan menerimanya. Pemimpin dan ahli-ahli UMNO/BN menjadi bengong dan terkejut besar seperti bom atom yang meledak musnahkan dua bandar di Hiroshima dan Nagasaki Jepun dalam peperangan Dunia Ke2 dulu. Atau setidak-tidaknya Presiden - Timbalan Presiden UMNO terkejut seperti ledakan C4 yang mengkecaikan wanita Monggolia Altantuya Shaaribu.

Pemimpin Perdana UMNO dan Pemimpin UMNO beberapa negeri tidak percaya musibah besar terkedu membisu amat keliru, mereka kehilir hulu tidak tentu arah. Hatta Perdana Menteri sendiri tidak bernegeri yang partinya tewas besar di Pulau Pinang. Umpama bencana 'Stunami' yang melanda dan hampir meranap kekebalan UMNO/BN memerintah lebih 51 tahun di Persekutuan Tanah Melayu dan Malaysia ranap. Pada hakikat dan realitinya sejujur matematik siasah, bahawa UMNO Pusat khasnya BN telah menemui jalan keluar nyah dari Putrajaya ketika itu. Kalau negara kita masih kekal keadaan sejarahnya seperti di hari kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 atas nama Persekutuan Tanah Melayu.
Kalaulah tanpa fixed deposit yang disumbangkan oleh BN di negeri Sarawak dan Sabah sudah pasti dan tentu kerajaan BN pusat telah berkubur dan telah menemui liang lahatnya. Semua-semua ini dirumuskan bahawa BN/UMNO gagal untuk menawan Kelantan, tewas di Selangor, tewas di Perak, tewas di Pulau Pinang, tewas di Kedah, tewas di Wilayah Persekutuan dan tidak mendapat majoriti dua pertiga di Negeri Sembilan. Kejutan berganda apabila beberapa menteri dan timbalan menteri turut tewas. Protes dalaman dari Ahli Parlimen BN pula, ialah menolak jawatan timbalan menteri dan ada yang meletak jawatan sebaik dilakukan perlantikan jawatan.

Laba Terbentang

Kalau itulah fenomina yang dialami oleh UMNO, Gerakan/BN maka pasti berlaku perubahan dan pertukaran parti baru yang tampil mengambil alih di beberapa negeri berkeupayaan dan berkelayakkan menubuh kerajaan baru. Parti-parti tersebut juga pasti terkejut dan tergamam berhadapan dengan mandat rakyat yang diterima mereka. PAS, PKR dan DAP dari Pakatan Rakyat (PR) juga berlamun, terkejut menerima keadaan hasil PRU12 tersebut. Dari matlamat asal untuk menjadi pembangkang yang kuat kepada terpaksa menubuh kerajaan. Tentulah pakatan tanpa ikatan perjanjian bertulis dan pengesahan sebagai pakatan yang disahkan oleh Pendaftar Pertubuhan Malaysia, pastilah terdapat beberapa masalah, perbezaan pendapat dalam beberapa perkara timbul, dapat diatasi dimeja perundingan dan bertolak ansur, demi untuk rakyat dan negara.
Bijaksana pemimpin PR sekalipun tanpa perjanjian bertulis mahupun ikatan pakatan yang dimenterikan oleh Pendaftar Syarikat, disinilah kematangan dan keiklasan semua pimpinan tertinggi PR kerajaan PR dapat dizahirkan di 5 negeri dengan aplikasi yang amat senifikan. PAS mengetuai 3 negeri iaitu Kelantan, Perak dan Kedah. Manakala DAP mengepalai Pulau Pinang manakala PKR mengetuai kerajaan PR di negeri Selangor. Semua kerajaan-kerajaan negeri tersebut telah melalui 9 bulan pengalaman yang pendek, berbanding tempoh 51 tahun UMNO/BN memerintah negara kita. Sehingga kini semua tomahan dan fitnah dapat disangkal oleh kerajaan PR.

PKR, DAP dan PAS melalui Pakatan Rakyat telah mendapat kepercayaan dan sokongan dari rakyat di kepelbagaian komposisi kaum khususnya kaum India dan China. Rakyat menobat dan memertabatkan PR untuk menggalas menubuh kerajaan baru PAKATAN RAKYAT di beberapa negeri menggantikan kerajaan BN. Kelantan terus dimonopoli oleh PAS yang kembali YAB TG Datuk Nik Aziz Nik Mat menubuh kerajaan negeri Kelantan menjadi Menteri Besar.
Bedah Menyelesaikan Masalah
Oleh sayangnya saya kepada kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Kedah Darul Aman, diketuai oleh PAS dengan MBnya YAB DS Ustaz Azizan Razak, sampai saat ini saya tidak pernah membidas dalam info dilaman blog saya http://ibnabdullahawab.blogspot ataupun respon dari mana-mana subjek yang dihidangkan oleh teman-teman yang lain. Dari sekarang cuma 3 bulan akan genap setahun PR memerentah Kedah. Saya melihat dan menyaksikan jatuh bangun, kecut kembang, saat kritikal PAS dikelantan sejak 1974 hingga 2006. Pengalaman-pengalaman langsung tersebut wajar saya nyatakan disini, kerana asam garam, lauk pauk yang dimakan dihadapi adalah sama sahaja terdapat di Kedah.
Fenomena yang paling saya takuti berjangkit adalah: Semangat juang kerja gigih dan pengorbanan besar dalam semua bidang dalam memperkasa dan memperkukuhkan parti (PAS) kian berkurangan dan hampir luntur. Program usrah teras kepada hidup matinya PAS kian diabaikan disebabkan sibok. Pengisian dominan ceramah perdana berkala mula tidak mendapat tempat. Semua perjalanan parti dan pengisiannya diharapkan dijana menerusi program twin bersama-sama dengan program berkala kerajaan negeri. Pengurusan parti diperingkat cawangan menjadi lemah dan kurang berurus bersistem dan ianya sampai keperingkat kawasan.
Kirap dan kipas menjadi-jadi dikalangan Dewan Harian Cawangan yang ADUNnya menjawat jawatan Exco. Diperingkat Dewan Harian Kawasan (DHK) kipasnya lebih besar mengirap Dewan Harian Negeri. Dikalangan Dewan Harian Kawasan terdapat yang pasang angan-angan kalau-kalau dalam PRU13 dapat menjadi calon sama ada untuk DUN pun cukuplah. Ketika itulah ia mula membuka jalan mencari sekecil-kecil salah silap ADUN sekarang diketengahkan dengan niat yang buruk. Terdapat dikalangan pemuka DHK yang tidak terpilih menduduki mana-mana salah satu jawatan dalam PBT, CLC dan lain-lain mula membebel.
Kipas terus kipas, ADUN biasa sekarang mengharapkan agar ianya dilantik menjawat jawatan Exco agar dapat digantikan dengan Exco yang ada dengan alasan Exco tersebut tak pandai buat kerja dan macam-macam alasan. Cukuplah sepenggal menyandang Exco bagi peluanglah kepada ADUN lain, kerana PRU13 belum tentu PAS/PR dapat menubuhkan kerajaan. Sekalipun ianya tidak terdapat naskah bukti bertulis, tetapi ianya sudah pasti tidak dapat disangkal dan ditolak bulat-bulat fenomena yang saya ketengahkan ini.
Usahlah kirap dan kipas DS MB lebih-lebih sangat, nanti Ustaz Azizan ketar mengigil sejuk badannya menyulit pula MB menjalankan tugas yang dipikulnya sekarang. Ingatlah kipas macam mana pun sehingga terlucut bahu dan siku, ianya tidak bermakna sama sekali andai amanah rakyat yang anda pikul tidak ditunaikan. Bagaimana anda akan menghadapi PRU13 nanti? Pasti sebelum rakyat menolak anda parti PAS tidak akan mencalonkan anda bertanding sekali lagi. Jagalah keadaan-keadaan ini agar terjadi sesungguhnya kepada mana-mana ADUN PAS Kedah. Jadikanlah diri anda insan yang dicalonkan semula untuk menemui pengundi dan pengundi senang dengan anda. Bukan kerana anda parti kalah dan bungkus dalam pilihanraya.
Diatas faktor-faktor ini semua pihak-pihak yang merasai dirinya terbebas dan lepas dari amanah dan tanggungjawab keatas PAS dan pengundi, pantaslah kembali kepangkuan rakyat, caknalah, prihatinlah dengan rakyat. Jangan mencipta kalut dan sebuk anda semua mengatasi sebuk Menteri Besar atau mengalah sebuk Perdana Menteri. Pandangan yang sebeginilah sebenarnya amat hina dan amat tidak mendapat tempat dan simpati dari ADUN, AP dan pemuka-pemuka Dewan-dewan yang saya paparkan.
Kembalilah dari lalai dan lena, yang mana janganlah kita menjadi UMNO yang parti mereka hayat hidupnya bergantung denga hayat Kerajaan, Kerajaan membiayai hidup UMNO. PAS jangan lah begitu. Kuatkan PAS kuatkan Kerajaan. Jangan Kerajaan kuat PAS menjadi lemah tidak bermaya disaat PAS mengetuai kerajaan PR Kedah. Muhasabah dan fikir-fikirkanlah.
Mudahan ianya mendatangkan manfaat dan muhasabah kita bersama demi kejayaan cemerlang PAS menghadapi rakyat dan pengundi dalam PRU13 nanti dengan bangga dan bergaya.
Siap tinta jam 10.00 malam Ahad
21 - 12 - 2008 - Bersamaan 23 Zulhijjah 1429
IbnAbdullahAwab